Fakta Menarik Tentang Perfume

10 Fakta Menarik Tentang Parfum

Share
Tweet
Share
WhatsApp
Email

Peranan perfume cukup penting dalam kehidupan seharian kita. Sebelum temuduga, pembentangan kerja atau bertemu pelanggan penting, kita menyemburkan parfume terlebih dahulu. Sebelum “dating” dan dijemput pasangan, kita juga menyemburkan parfum. Saat mau tidur, ketika meluangkan masa bermesra dengan pasangan, kita tentunya menyemburkan parfume. Meskipun kita mungkin sudah tahu apa keharuman yang kita sukai beserta tips memakai parfume yang sebenar, namun elok kita ulangkaji 10 fakta menarik tentang parfum berikut ini.

  1.  Kita boleh memaksimumkan kewangian “Parfum” di beberapa titik tertentu Lazimnya kita pasti sudah tahu bahawa “Pulse Point” atau titik nadi adalah bahagian dimana pembuluh darah berdekatan dengan kulit. Titik ini menghasilkan ‘haba’ yang membantu untuk menyebarkan wangian “Parfum” ke udara. Selain leher, belakang telinga dan siku bahagian dalam, maka di bagian otot bisep juga salah satu titik yang baik untuk menyemburkan “Parfum” kerana di area ini otot aktif bekerja dan menghasilkan haba panas.
perfume pulse points

2. Sembur dan Gosok? Fikir fikir kan lah! Menyembur “Parfum” di pergelangan tangan dan menggosoknya bukan cara yang baik untuk memastikan “Parfum” berfungsi semaksima mungkin. “Parfum” terdiri dari “Top Notes” bauan yang kita hidu sebaik disembur, “Heart Notes” dan “Base Notes” – bauan yang kita nikmati secara berpanjangan. Top notes akan memudar setelah beberapa saat dan keharuman base notes yang akan tetap tercium. Menggosok akan mengganggu komposisi parfum yang tercium saat awal kita menyemburkannya.

Kaedah terbaik, sembur dan biarkan ia meresap ke-dalam pori kulit kita

3. “Parfum” tidak diformulasikan untuk rambut kita. Jika kita sering menyemburkan “Parfum” hingga ke rambut agar lebih harum, ini mungkin masanya untuk mengubah kebiasaan ini. Sebagian besar parfum mengandungi alkohol yang kurang baik bagi rambut dan boleh membuatkan rambut menjadi kering.

4. Memakai “moisturizer” atau pelembap kulit sebelum kita menyemburkan “Parfum” akan memaksimumkan ketahanan wangian anda. Pelembap kulit adalah “Primer” bagi “Parfum”. Parfum akan terserap dengan baik pada kulit yang lembap, keharumannya pula akan terkunci lebih lama. Oleh itu, amatlah elok jika kita memastikan kita memakai pelembap kulit sebelum memakai parfum.

5. “Parfum” yang sama, Pemakainya Berlainan, Aromanya Berbeza

“Parfum” yang sama boleh memiliki keharuman yang berlainan jika digunakan oleh dua orang yang berbeza. “Parfum” memiliki reaksi yang berbeza ketika bercampur dengan “chemistry” kulit dan peluh. Diet dan permakanan yang kita gemari memiliki pengaruh besar saat parfum disemburkan pada kulit kita, dan kulit orang lain.

6. Rehatkan Hidung Anda saat memilih “Parfum”

Melampaui kawasan jualan wangian di mall dengan jurujual yang aggresif memang membuat kita ingin mencuba semua parfum yang ada. Namun, elakkan mencium 3 parfum secara berturut-turut. Hidung kita akan menghadapi kesukaran membezakan aroma lainnya kerana pancaindera bauan juga boleh “ter-overload”. Bersihkan jalur bauan kita dengan cara mengambil nafas sambal menekup hidung kedalam sapu tangan / kain baju Anda, atau hirup semangkuk biji kopi (biasanya disediakan di tempat jualan “Parfum”).

7. Wewangian dapat mengubah mood kita

Penyelidik membuktikan bahawa semburan wewangian memiliki efek terapi yang boleh mengubah suasana hati. Misalnya saat memerlukan ketenangan, cuba hirup wewangian lavender. Mengantuk di siang hari? Cuba semburkan wewangian dengan aroma citrus untuk mengaktifkan pancaindera kita agar tetap segar saat bekerja. Memerlukan sentuhan feminin saat “first date”? Semburkan “Parfum” berbauan floral yang lembut.

 

 

 

8. Kadar kekuatan wangian parfum bergantung dari kadar alkohol yang dicampurkan ke perfume oil. Eau de Toilette (memiliki kadar perfume oil sebanyak  4%-20% dengan campuran alkohol yang lebih banyak dibandingkan Eau de Perfume. Semakin sedikit campuran alkoholnya, maka parfum semakin tahan lama.

 

 

 

9. Sifat asas “Parfum” sebetulnya UNISEX

Statistik menunjukkan hampir 30% parfum lelaki yang terjual dan dipakai oleh wanita. Sebenarnya tidak ada pengkhususan bahawa aroma tertentu memiliki ciri-ciri feminin atau maskulin. Semuanya bergantung kepada individualistik pengguna.

10. Semakin sedikit parfum yang dibuat dari ektrak bunga asli

Pada umumnya parfum dibuat dengan cara “mass production”. Penggunaan ekstrak bunga asli lazimnya digantikan dengan bahan sintetik. Kelebihannya? “Parfum” kita akan memiliki expiry date yang lebih lama. Kekurangannya? “Parfum” kita tidak tahan lama sehebat ketika ianya dibuat menggunakan ekstrak bungaan asli.

Proudly MalaysianMalaysian made perfume and fragrances for men & women

Athillia's PrideOur Products

Changing lives thru Scents

Post a Comment

Your email address will not be published.